Thailand u23

Orang Thai berhijrah dari China barat daya ke tanah besar Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya. Sebutan yang paling awal diketahui akan kehadiran mereka di rantau terbabit dengan eksonim Siam terdapat pada prasasti abad ke-12 di kompleks kuil Khmer Angkor Wat di Kemboja yang menyebut orang “syam” atau “perang tua”. Dengan tahap pembangunan insan yang tinggi, Thailand digolongkan sebagai negara industri baru yang amat bergantung pada eksport, terutamanya jentera-jentera, thailand u23, barang makanan, dan alat-alat kereta. Sejak dahulu lagi negara Thai digelar Mueang Thai oleh warganya sendiri.

Thai, “membezakan Thai daripada orang asal yang terlingkung dalam masyarakat Thai sebagai hamba. Negara Thai menyatukan darah daging keturunan Thai. Terdapat bukti bahawa Thailand diduduki manusia sejak 40,000 tahun yang lalu dengan artifak batu yang bertarikhkan zaman ini di Perteduhan Batu Tham Lod di Mae Hong Son. Serupa dengan rantau-rantau lain di Asia Tenggara, Thailand amat dipengaruhi oleh budaya dan agama India, bermula dengan Kerajaan Funan sekitar abad pertama Masihi hinggalah Empayar Khmer. Pengaruh India ke atas budaya Thai sedikit sebanyak didatangkan daripada hubungan langsung dengan penetap India, tetapi terutama sekali dibawakan melalui kerajaan-kerajaan keindiaan Dvaravati, Sriwijaya, dan Kemboja. Menurut George Cœdès, “orang Thai mula-mula memasuki sejarah India Jauh pada abad ke-11 dengan disebutnya hamba abdi atau tawanan perang Syam” dalam epigrafi Champa, dan “pada abad ke-12, timbulan bes Angkor Wat” di mana “seangkatan pahlawan” diperikan sebagai Syam. Setelah kejatuhan Empayar Khmer pada abad ke-13, di situ mekarnya pelbagai negeri yang ditubuhkan oleh kaum-kaum Tai, Mon, Khmer, Cham dan Etnik Melayu, seperti yang dilihat melalui berbilang tapak kaji purba dan artifak yang bertaburan di seluruh rupa bumi Siam.

Namun seabad kemudian, kuasa Sukhothai ditelan oleh kerajaan baharu Ayutthaya yang ditubuhkan pada pertengahan abad ke-14 di hilir Menam atau Sungai Chao Phraya. Peluasan Ayutthaya bertengahkan sepanjang Menam sementara kawasan lembah utara diperintah oleh Kerajaan Lanna dan lain-lain negeri kota Tai kecil-kecilan. Pada 1431, Khmer meninggalkan Angkor selepas dijarah oleh angkatan Ayutthaya. Setelah jatuhnya Ayutthaya kepada Burma pada 1767, Taksin memindahkan ibu kota ke Thonburi selama kira-kira 15 tahun. Zaman Rattanakosin dalam sejarah Thai bermula pada 1782 dengan penubuhan Bangkok sebagai ibu kota dinasti Chakri di bawah Raja Rama I.

Biarpun didesak oleh Eropah, Thailand adalah satu-satunya negara Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh sebarang kuasa Barat. Ia terkenal dengan gelarannya sebagai “Gajah Putih” Ini dianggap berkat daripada pemerintah cekap berturut-turut dalam empat abad yang lalu yang memanfaatkan persaingan antara Empayar British dan Perancis. Dalam konsesi yang ditawarkan oleh dinasti Chakri kepada Empayar British untuk membalas jasa sokongan mereka, Siam menyerahkan empat buah wilayah etnik Melayu kepada British dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Pada 1917, Siam menyertai Pihak Bersekutu Perang Dunia Pertama dan dibilang sebagai antara negara yang berjaya di perang tersebut. Pada 1939, nama negara “Siam” ditukarkan kepada “Thailand”.

Selepas Perancis ditakluki oleh Jerman Nazi pada Jun 1940, ramai di kalangan pihak Thai melihat peluang keemasan untuk menuntut kembali wilayah yang diserahkan kepada Perancis ketika zaman Raja Rama V. Kempen publisiti pimpinan nasionalis berlangsung di Bangkok pada 8 Oktober 1940. Pada 7 Disember 1941, Japan menuntut hak untuk mengerahkan tentera merentasi Thailand ke sempadan Malaya. Serangan Jepun dilancarkan pada pagi 8 Disember selaras dengan serangan-serangan di seluruh Asia dan melawan Tentera Diraja Thai selama enam hingga lapan jam sebelum Phibunsongkhram memerintahkan perletakan senjata. Susulan itu, Thailand mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 25 Januari 1942 dan “menolong” Jepun dalam perang menentang Pihak Berikat sambil memelihara sebuah Gerakan Thai Bebas yang anti-Jepun. Sejarah Thailand dari 1932 hingga 1973 dikuasai oleh kediktatoran tentera yang banyak menguasai tempoh tersebut.

Selepas jatuhnya Pridi disusuli pula diktator tentera berturut-turut — Phibun sekali lagi, Sarit Thanarat dan Thanom Kittikachorn — apabila pemerintahan autoritarian tradisional bertembung dengan kebangkitan pemodenan dan pembaratan di bawah pengaruh Amerika Syarikat. Tentera Udara AS menempatkan jet pejuang F-4 Phantom di Pangkalan Udara Udon dan Ubon dan juga B-52 di U-Tapao. Tentera Thai juga menyaksikan pertempuran sengit dalam perang sulit di Laos yang berlaku dari 1964 hingga 1972. Pada 1973 berlakunya pemberontakan ramai-ramai yang menamatkan kediktatoran tentera pimpinan antikomunis Thanom Kittikachorn, serta mengubah rupa sistem politik Thai. Terutama sekali, ia menyerlahkan kebangkitan pengaruh siswa-siswi Thai dalam politik.

Sepanjang 1980-an, Thailand diperintah oleh Perdana Menteri Prem Tinsulanonda yang memulihkan politik berparlimen. Selepas itu negara Thai kekal berdemokrasi kecuali pemerintahan tentera sekejap dari 1991 hingga 1992. Parti populis Thai Rak Thai pimpinan Thaksin Shinawatra memerintah dari 2001 hingga 2006. Politik negara Thai kini dijalankan dalam kerangka raja berperlembagaan dengan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Raja pewaris takhta sebagai ketua negara. Tugu Demokrasi Bangkok menggambarkan Perlembagaan 1932 Constitution di atas dua biji mangkuk sembahan di atas menara kecil. Semenjak pembaharuan politik dari raja mutlak pada 1932, Thailand telah mempunyai 19 perlembagaan dan piagam. Sebelum 1932, Kerajaan Siam tiada badan perundangan kerana semua kuasa perundangan terserah kepada sang raja.